Assalamualaikum ,
Sekarang , mesti budak-budak lepasan Spm 2013 tengah bergumbira kann ? Yelaa , mana tak nya , lebih kurang 11 tahun dorang belajar kat sekolah . Dari tadika , ke sekolah rendah . Pastu , naik pulak sekolah menegah . So , lepas Spm laa cuti yang paling best . Bagi aku laa . Kalau bagi korang aku tak tahu . Haha .
Mmmm , agak-agak , apa yang adik-adik zaman sekarang buat untuk habiskan masa dorang sebelum result spm kua nanti . Baik korang guna kan masa dengan sebaik mungkin dik . Sebab nanti kalau result korang kua tuu amat menyedihkan . Berkurung dalam bilik laa jawab nya korang . Haha . *gelak jahat* .
Masa aku tunggu result spm dulu , aku kerja tau . Tengokk , berdikari tak aku ? haha . Masa tuu aku dah tak taw nak buat apa dengan cuti yang banyak , so , aku pon pegu laa cari kerja . Dalam kepala aku , tak nak cari kerja yang lekeh-lekeh nii . Nak yang ada aircond . Padahal , masa tu baru lepas spm . Tak layak lagi aku nak demand macam-macam . Haha
Dalam family aku , akak-akak aku semua nya tak kerja . Mungkin tak minat . Tak pon sebab ayah tak bagi . Heee . Aku la yang memecahkan tradisi keluarga g cari kerja ! Akak aku yang sulung , dia pegi masuk kelas english . Biar pon english dia dah mantap , ngada2 gak nak masukk . Okey la tuu daripada buang masa jee . Kann ? Akak aku yang ke 2 pulak , masuk kelas menjahit . Tapi , hampeh , sampai lannii , kalau nak pakai baju kurung kena tempah gak . Hahaha . Dorang lebih suka belajar berbanding aku yang tak suka sangat nak belajar . Heee =)
Okey , selepas pegi interview , aku dah dapat kerja . Interview okey . Zaman skarang tak dak dah nak main ambik je kerja . Mesti nak kena interview weyyhh . Biar pon xsampai 5minit pon interview tuuu . Ambik syarat jee . Cuba teka keje apa yang aku dapatt ~
Tak leh teka ke wehh ? Okey laaa , aku bagitau . Aku dapat keje kat smo . Apa itu smo ? Smo ialah , Syarikat Muda Osman . Alaaaa , yang jual buku banyak-banyak tuu . Mungkin orang yang duk luar Kelantan tak taw kedai nii . Tapi , kalau orang Kelantan pon tak tahu gak kedai nii , dia memang patot tukar warganegara bia pi duk kat zimbabwe . Hahaha . Masyarakat Kelantan sangat sinonim okey dengan SMO nii . Tapi skarang dia dah tukar nama jadi SMO BOOOKSTORE . Nama pon dah canggih naa =) .
![]() |
*Ni aku snap time aku rehat . Dan lagi wehh . Hee . Kenangan =) |
![]() |
*Semua pekrja SMO kena pakai vess biru tuu =) Dehhbaak giler perasaan pakai baju tuu =P |
Selain daripada aku keje , aku jugak ambik lesen kete . Lesen motor form 4 aku dah lulus okey . Heee . Bangga jap sebab nya , aku satu-satu nya dalam family aku ada lesen motor . Memandangkan aku ni anak yang jenis len cikit daripada yang lain , sebab tuu lah kot ummie dengan ayah aku bagi aku ambik lesen motor . Ada lesen motor , aku pegi sukat jalan merata-rata . Haha .
Masa aku kerja , masa aku terbatas laa kan nak buat lesen lagi . Nak keje lagi . Ayah aku pulak dah bising-bising suruh aku cepatkan blajar kete tuu . So , aku amik keputusan nak berhenti jer daripada kerja . Pas brhenti tuu , aku buat lesen laju-laju . Hari-hari aku g latihan . Then , aku pon test la dengan jpj . Aku ingat kan fail ! Rupa nya aku lulus dengan cemerlang wehh . Bangga jap weh . Eh , cemerlang ke ? Hahaha . Yang penting aku lulus dengan skali test je . Akak2 aku sume ambik 2x baru lepas okeh =P
Sebelom aku ambik test bahagian jalan raya , ummi col aku , dia tanya cmana . Aku jawab arr aku dah lulus bahagian dalam litar . Nak tunggu drive kt jalanraya lak . Then , dia gelak , cakap baik2 . Aku dah paham maksud dia yang dia ingat aku akan fail ! Haha . Tapi , hakikat nya , aku lulusss =P . Semua tak percaya aku lulus . Apa , ingat aku nii lembap ke nak blaja . Alaaa , stakat kreta . Kacang jelah . Kalau bagi soklan math baru aku gerenti aku akan fail ! Hahaha =P .
Nanti bulan 3 nii , aku dah dapat lesen besar . Dengan kata mudah nya , dah tak payah nak letak stiker P yang gedabak tuu kat cermin kete . Hahaha . Yeaayy ! Tapii , tapii , ayah aku masih lagi tak bagi aku bawak kete sorang2 . Kalau aku bawak pon , mesti ada dia . Pstu , mula laa komen itu ini . So , aku lebih suka bawak keta dengan ummi aku sebab dia akan diam dan layan jer aku bawak keta . haha =) . Nyesal gak aku bila ayah aku tak bagi aku drive kete nak g mana-mana . Kalau la aku taw , nanti keje baru aku nak buat lesen kete uhh . Erghh :/ . Tak payah bazir masa gi buat awal-awal lesen uhh =,="
*Abaikan muka zaman paleolitik uh . Haha . Ni lesen P aku =)
Okey , lepas aku selesai bahagian lesen , baki cuti aku banyak lagi . Masa tuu , menyesal giler sebab dah berhenti kerja . Aku hanya duk umah , tidoo , tidoo , tidoo . Hidup yang sangat memboringkan ! huuh ! Aku duk rilek , sampai bulan 5 okey . Boring gilerr .
So , sebagai kesimpulan merangkap nasihat untuk adik-adik diluar sana , buat laa aktiviti berfaedah selain duk makan , tido , lepak tak tentu hala tuu . Korang boleh masuk kelas menjahit , memasak . Tak pon , kerja laa cari duit lebih . Walaupon mak pak korang dah kaya raya =P .
Okey . Bye . Assalamualaikum =)