Assalamualaikum peeps !
Hari ni hari cuti. Cuti wesak. Kalau lah hari-hari hari cutii, indahnya dunia. Heeee. Dah lama giler aku xupdate blog neh. So hari nii aku ingat nak share pasal IPG. Apa itu IPG ? Alaaa, yang dulu lebih dikenali sebagai maktab. Tapi skarang dah xpanggil maktab. Dah panggil IPG. Kenapa? Sebab, dah tak ada program diploma yang ditawarkan di IPG. S, saper lepasan IPG tuu, dorang adalah graduan yang mempunyai ijazah =)
Hari tuu, aku terklik satu iklan pengambilan pelajar ke IPG. Aku baca syarat2 permohonan, aku layak. So, tanpa lengah masa, aku pon isi laa permohonan. Hari tuu dah isi, tapi xdapat. Sebabnya, pelajar yang betul-betul cemerlang jer boleh masuk IPG neh. Hari tuu, budak-budak yang dapat 8A jer dapat. Sekarang, dorang bukak untuk pelajar yang dapat 5A keatas. Yeayy ! Boleh lah aku isi. Masa aku terklik tuu , hanya tinggal beberapa hari jer lagi tarikh tutup. Skarang sumer online kann, so kalau kita jenis x alert, memang ketinggalan lah .
Lebih kurang beberapa minggu lepas mohon, result pon kuar laaa. And, jengg,jengg,jengggg, AIDA MARINI BT ABD GAFFAR, nama anda tercalon. Anda berjaya. Yeayyy ! Alhamdulillah. TAPI, itu baru berjaya untuk UKCG. Apa itu UKCG ? UKCG tuu Ujian Kelayakan Calon Guru. Nak jadi cikgu pon ada ujian kelayakan okeii. Kalau lulus ujian nii, kita akan dipanggil untuk temuduga. Lepas temuduga baru kita tau kita berjaya ke tidak nk masuk IPG . Korang jangan ingat mudah-mudah je nak jd cikgu nii. Selaras dengan kehendak negara yang memerlukan tenaga guru yang cemerlang bagi melahirkan generasi minda kelas pertama =)
UKCG ada 2 ujian. 1 ujian bertulis, 1 lagi ujian kecergasan. Yang bertulis aku tak kesah. Yang kecergasan aku kesah sebab fizikal aku yang tidak kurus ini. Hahahaha . Tapi takpe. Cuba dulu. Rezeki Allah tentukan. So, aku pon pegi la UKCG tuu. Aku pegi dengan ummi aku. Ujian tuu aku kena dekat KL. Jauh giler dengan kelantan neh. Tapi takpe, sedara aku kebanyakan duk KL.
Malas aku nak cerita panjang, meh aku pendekkan. Mula-mula ujian bertulis. Lepas rehat, ujian kecergasan. Ujian bertulis tak de hal sebab dia suh tanda setuju dengan tak setuju jer. Soalan dia banyak giler. Masa ujian lak sikit giler. Tak padan dengan jumlah soalan. Kalau korang jenis baca slow, memang tak dan la weh. So, masa tuu, memerlukan kemahiran baca solan laju-laju. Soalan dalam 170 lebih. Ujian kecergasan neh yang buat aku cuak sampai nak terkencing,terberak neh. Aku tak leh nak bayangkan nasib aku masa tuu.
Ujian kecergasan ada 4. Yang pertama, kena sit up. Sit up pulak ada 4 level. Amat sukar bagi aku. Aku hanya lepas sampai level 2 jerr. Dia tak paksa kiter. Akak-akak yang handle kiter pon baik-baik jer. Lepas sit-up, kena ujian kilas lak. Ujian neh yang kedua senang bagi aku. Tapi, lepas buat ujian neh, memang rasa nak pengsan. Rasa macam duk kat dunia lain. Letih giler. Aku rasa ujian neh punca kepada sakit urat aku yang berhari2 . Hahaha . Next, ujian yang paling mudah, iaitu lompat. Hehe. Yang paling mencabar ialah ujian bleeps. Ujian neh sumpah susah giler. Kita kena lari sejauh 20m. Dengar 20m tuu okei lagi. TAPI , ada 6 level. setiap level pulak, ada 6 kali lari. Err , paham ke idak ? So, secara senang, aku kena lari sebanyak 36kali. Sejauh 120m. Mau nye mati masa tuu jugak. Tapi aku dan siap level 2 jer. Nak masuk level 3 aku give up. Memang jarang orang yang lepas sampai level 6. Kalau lepas, dia memang super hebat. Haha . Takpon , dia dah minum red bull. Haha .
Then, aku pon pulang lah dengan kekecewaan yang amat. Camano tak kecewa, xdak ujian yang aku lulus sempurna. Mugkin nasib aku bukan di IPG. Aku langsung tak berharap untuk IPG. LANGSUNG TAK okeii.
Sorii , gambar kabur . Pakaian wajib putih.
05 MEI 2014, tarikh calon yang berjaya untuk ditemuduga keluar. Hari tuu sehari duk dup dap kat sekolah, dup dap walaupon harapan dah 0. Try lah check. Jengg, jenggg, jengggg
TAHNIAH, anda berjaya untuk ditemuduga. Alhamdulillah. Sumpah, aku tak sangka langsung lulus ujian hari tuu. Aku mati-mati ingat dah fail. Ujian entah apa-apa aku buat. Rezeki, siapa tahu kan? Terima kasih Ya Allah =)
Aku kena temuduga di IPG kampus Sultan Mizan Besut. Tak de lah jauh sangat dengan rumah aku. Dalam sejam lebih jer. Tapi, main dengan pagi, paham-paham jelah. Aku dapat opsyen bimbingan dan kaunseling(sk) . Memang bidang yang aku minat sangat-sangat. Kalau boleh opsyen lain, aku dah xpegi okei. Aku dapat rasakan cita-cita aku akan menjadi realiti. Heee
Semestinya, orang yang paling hepi menerima berita nii ialah ayah dengan ummi aku. Dorang memang suruh aku jadi cikgu. Dorang bersungguh-sungguh suh aku jadi cikgu. Siap belikan baju baru, kasut baru untuk aku temuduga. Haiyoo.
*Hari temuduga. Masa nii dah nak balik*
Alhamdulillah, 14 Mei aku dah ditemuduga dah pon. Semua berjalan lancar. Doakan kejayaan aku pulakk. Masih lagi stress. Final exm untuk sem 2 STPM tinggal 3 hari jer lagi. Doakan akuu peeps =)
*Beberapa minit selepas ditemuduga*
Bai, assalamualaikum =D
No comments:
Post a Comment