Saturday, May 17, 2014

INTERVIEW IPG :)

ASSALAMUALAIKUM peeps =)

      Hari nii, aku berbesar hati nak kongsi pengalaman ketika aku ditemuduga untuk kemasukan ke IPG ambilan JUN 2014. Seperti yang korang tau, nak jadi cikgu lulusan IPG nii sangat lah susah. Beberapa tapisan sudah dilakukan sebelum layak ditemuduga dan seterusnya, menjadi siswazah di IPG. Seksa giler nak jadi cikgu zaman sekarang. Yelah, aku faham, mungkin ada beberapa faktor mengapa ia terjadi. Heee. Salah satu faktornya, pihak kerajaan mahu melahirkan pelajar yang mempunyai minda kelas pertama. Oleh itu, pemilihan guru juga telah diperketatkan. Bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang mahu menjadikan pendidikan bertaraf antarabangsa. Ehhh, jap, apa yang aku melalut nehh ? Hahahaha. 


     Itu bukan melalut eh, pada yang ingin temuduga jugak, korang kena tahu apa yang ada dalam PPPM. Baru lah orang tengok kamu dengan dua belah mata. Tak tengok dengan seblah mata jer. Hewhew.Okei, dah malas melalut.



    Seperti yang korang tahu, aku dah lulus UKCG, jadi lepas lulus ujian tuu, kena lah temuduga. Aku temuduga hari tuu pada 14 Mei 2014. Aku dapat opsyen Bimbingan dan Kaunseling. Memang aku tak nak menipu, jujur aku cakap bahawasanya, aku berdebar giler tunggu hari interview tuu. Macam-macam persiapan aku buat. Memandangkan aku dapat opsyen tersebut, aku stadi la sikit-sikit pasal opsyen akuu. Jangan nanti korang dapat maths, korang gi stadi subjek sejarah pulakk. Itu salah okeii. 




         * Bahan yang aku stadi *



      Jenuh jugak aku stadi. Tapi aku bukan ingat pon. Cuma untuk pengetahuan. Tak perlu nak kaji A-Z. Dia tak kan tanya sal benda yang sangat rumit. Untuk kaunseling aku tak banyak sangat stadi. Sebabnya, aku dah ada asas kaunseling memandangkan aku dah 6 tahun bergiat aktif menjadi Pembimbing Rakan Sebaya disekolah. So, banyak ilmu yang aku dapat disekolah, aku aplikasikan masa interview hari tuu. Aku just stadi untuk PPPM jerr. Senang nak kaitkan dalam hujah kiter. Baru lah nampak kita seorang yang berpengetahuan dalam segala hal =)



     Sebelum interview, aku dah kalut nak pilih baju dan tudung. Pandangan pertama orang terhadap kita sangat penting ye anak-anak. Kita harus tampak cantik, yakin dan berpelajaran. Barulah segarr biji mata penemuduga nanti. Hahahaha. Kalau pakai warna gelap, soheh mata penemuduga akan jadi gelap jugak masa tengok korang. Hahaha. Tapi, janganlah pakai yang terang-terang sangat. Pakai baju warna yang lembut jerr. Biar sedap mata memandang. Hari tuu jugak aku pakai blazer. Saja jerr, nak bagi nampak lebih kemas, dan lebih matang. Aku juga pakai nametag. Lagi, jangan lupa calit sedikit lip balm untik naikkan seri.  =)





     * Blazer, nametag- Selepas ditemuduga. Lega habes *



    Okeii, masa hari temuduga pulakk. Korang mesti pastikan korang sampai awal di tempat tersebut. Awal 30minit okeii. Aku sangat bersyukur sebab aku group 1st. Tak tunggu lama. Dalam 8.30pagi aku dah start ditemuduga. Kalau korang sampai lewat daripada orang lain, mood korang akan berubah nanti. Mood korang mula lah kucar-kacir. Ada sorang tuu kena marah sebab dia tak susun fail dia elok-elok. Hal tersebut berlaku kerana dia datang lewat. Sebelum masuk bilik temuduga, kiter akan diberi taklimat terlebih dahulu mengenai susunan fail. Saper lewat, memang terlepas lahh. Selepas taklimat, semua calon bergerak menuju bilik masing-masing. Num bilik dah ditulis di atas surat tawaran masing-masing. 




      Satu kumpulan, ada lebih kurang 8 orang. Kumpulan aku sumer girls. Naseb baik xdak laki. Kalau tak, satu hal pulak nak bersaing dengan depa. Korang akan duduk dalam satu bulatan lebih kurang. Maka, bermulalah sesi temuduga. Jeng, jengg, jenggg, jengggg..



    

      Pertama, korang akan melihat satu tayangan video macam kat pawagam tuu. hahaha. okeii, yang macam kat pawagam tuu tipu jerr =..=" . Korang akan tengok satu video nii, then korang mesti BERBINCANG mengenai video tersebut dengan rakan-rakan anda yang lain. Tolong jangan tamak haloba untuk baham semua masa untuk huraian kamu sahaja. Cuma ambil sedikit masa untuk memberi pandangan, pendapat dan sbgainya. Benarkan juga kawan-kawan kamu yang lain untuk memberi pandangan mereka. Barulah nampak satu perbincangan disitu. Masa untuk perbincangan ini lebih kurang 25 minit. Tapi aku rasa kumpulan aku lebih 5 minit. hehe. Fokus anda terhadap kawan anda mestilah sepenuhnya okeii. Itu menggambarkan anda seorang pendengar yang hebat =P . Dalam memberi hujah, aku cadangkan jangan mengkritik sesiapa. Cuba beri pandangan yang positif ataupun langkah untuk mengatasi. Cuba elakkan untuk menyalahi mana-mana pihak. *harap korang paham. 


        

         Selepas tamat perbincangan kumpulan, dua panel akan menanyakan soalan mereka kepada kita. Disini, kita mesti berebut untuk memberi pandangan. Cuba untuk menjadi orang yang pertama dalam memberi pandangan. Pandangan mestilah tepat, jelas dan bijak. Hewhew. Masa nii agak sukar bagi sesiapa yang kurang bercakap dan kurang idea. Kerana, masa ini lah persaingan yang paling dirasai. Ketika inilah masa untuk anda meluah segala buah fikiran, fakta-auta, ilmu-pengetahuan anda. Pada ketika inilah orang akan melihat kepetahan anda. Masa untuk bahagian ini juga 25 minit. 

      


      Seterusnya, bahagian terakhir, soalan kepada individu. Kejap jer nehh. Setiap orang akan jawab 1 atau 2 soalan sahaja. Soalan senang-senang jerr. Tapi, ada jugak yang susah. Haha. Itu pentingnya pengkajian opsyen anda sebelum ditemuduga. Selepas lapan-lapan selesai ditanya, kami dibenarkan bersurai. Ada lah beberapa pesanan daripada panel aku hari tuu untuk calon guru. 






- Sempat ambik gambar. Ayah aku memang tahu keinginan anaknya. haha -


      


         Kesimpulan, temuduga hari itu sangat lah menyeronokkan. Takde langsung rasa tertekan. Hepi giler jer rasa. Sangat enjoy. Calon-calon pon sumer sporting habiss. Doakan moga-moga aku berjaya dalam temuduga tersebut. Keputusan kalau tak silap akuu, dalam 10 JUN 2014. Serius, aku gentar sangat nak tunggu keputusan nehh =) . Doakan aku okeiihh. 



Bai, Assalamualaikumm =)




     




No comments:

Post a Comment