Hai olls.
Harini mood nak menaip macam kena rasuk dengan hantu menaip. Banyak gila nak cerita ni. Tulah, dah lama mana aku simpan nafsu nak menaip tulis blog neh. Sekarang hadap laa korang baca cerita entah pape aku nii. Hewhew. Kali ni aku nak cerita benda yang antara terpenting dalam hidup kita selepas family kita. Siapa lagi kalau bukan kawan, sahabat, geng semua lah nama yang kita panggil untuk orang yang selalu ada dengan kita dengar keluh kesah kita selain daripada family kita.
Kalau berkisah pasal kawan ni, aku sensitif sikit. Sebab apa, aku memang dari dulu lagi kalau ada kawan aku memang sayang gila babeng okei. Kalau boyfriend dengan kawan pon aku pilih kawan. Pehal nak pilih boyfriend, bukan penting mana pon daripada kawan. HAHAHA. Betul lah kan aku cakap ni? Aku paling pantang orang yang melebih dengan awek/jantan daripada kawan dorang sendiri. Aku memang tak boleh terima. Lain lah kalau dia dah jadi laki/ isteri kau. Boleh lah kau nak melebih lebih sampai meleleh pon.
Kawan sesusah mana pon kau dia akan tolong. Aku bercerita pasal kawan baik ni okei, bukan pasal kawan suam suam kuku tu. Kalau kawan suam suam kuku memang lah datang dan pergi. Tapi kalau kawan sejati kau, masa kau kat bawah, kat atas dorang akan selalu ada untuk kau dan bagi support untuk kau. Aku paling benci kawan yang suka bagi kata kata negatif atau yang suka mematahkan semangat kau. Ni orang tak panggil kawan, orang panggil lawan.
Aku ramai kawan, dan kawan aku semuanya baik baik. Tak jumpa lagi kawan yang jenis jahat. HAHAHA. Tapi yang jenis suka mematahkan semangat tu adalah. Aku jenis tak suka sangat bercakap benda ilmiah dengan orang macam ni. Bagi aku, orang bodoh kena cakap dengan cara bodoh. Maaf kasar bahasa aku, tapi tu kenyataan bagi aku. Setiap apa yang dia mendownkan aku, aku akan kutip jadi semangat pada aku. Senjata aku nak balas dendam, aku akan buktikan kejayaan aku nanti. Masanya sedikit lagi, Aku rasa, tu dendam elok, sebab nanti kau akan lebih berusaha nak capai dan buktikan kau boleh, kau hebat. HAHAHA.
Biarlah korang pikir aku jahat ke apa, tapi apa aku tahu aku memang sayang gila kat semua kawan kawan aku. Mungkin orang ingat aku kasar, tapi jauh didalam hati aku aku sangat lembut. Mungkin orang ingat aku garang sebab kuat gila membebel, tapi jauh disudut hati aku aku selalu mengharapkan yang terbaik. Mungkin sebab perangai aku yang agak kasar dan garang orang tak suka sangat nak kawan dengan aku.
Ramai jugak yang selalu cakap aku tak pernah serius, tapi sungguh, setiap apa yang aku cakap semuanya serius dan takde pon gurauan. Mungkin cara aku berbeza dengan orang lain. Aku dah banyak kali cakap aku serius, tapi orang masih ingat aku melawak. Watderrhel. Biarlah, asal kau semua bahagia.
Ehhh, aku ada persoalan ni, ada tak eh orang kat dunia ni hidup takde kawan? Ada tak? Kalau ada, mesti hidup dia sunyi gila kan? Okeilah, aku ciau dulu, Nak kena kemas rumah jap. Ehehehe.
No comments:
Post a Comment