Seriusly, lama gila aku tak update blog ni. Bukan malas, tapi masa yang takde. Sekarang baru ada banyak masa. So, nanti kalau aku update hari hari korang jangan mengada nak meluat pulak okei:P
Tengah tengah malam buta ni terasa nak tulis blog pulak. Dah nak dekat pukul tiga pagi. Tapi, mata aku tak nak pejam lagi weihh. Aku pon tak tau kenapa. Jantung aku ni semacam je lajunya. Hati aku ni dah tak leh nak detect perasaan aku sehari dua ni. Perut pulak memulas mulas macam nak berak. HAHAHA. Agak agak penyakit apa yang aku dapat sampai macam ni sekali terok nya aku =..="
Ni simpton normal manusia manusia yang takut nak hadap realiti. HAHA. Bukan realiti apa, maksud aku, realiti result exam. Isnin ni 2 Mac 2015 keputusan STPM kua. Seriusly aku cuak gilos. Yelah, tiga sem aku result tak pernah mantain. Susah nak agak agak final result ni dapat berapa. Aku harap semua okei. Tak langsung harap four flat okei:P. Aku tahu kemampuan aku. Dapat lepas tiga pointer pon dah bersyukur gilos babeng okei :)
Petang tadi masa aku tengah belek belek mukabuku, ada sorang manusia mana entah post dekat group STPM student pasal result ni. Dia cakap result dah kuar. Siap bagi link lagi suruh check. Aku hape lagi, macam dah kena rasuk mengucap. HAHA. Nerbes mak kauu. Sebelom check tuu, aku call dulu kawan aku yang aku tengok dah like post tu. Laju laju aku call dia tanya dia dah check belom. Dia pon tak tahu benda tu soheh ke tak. Yelah, dalam paper yoyo ooo je warwar kan hari senin ni nak umum. Tuptup hari jumaat dah kuar. Petang pulak tuu. Mana tak gelabah semua manusia dalam group tu.
Aku pon check jelahkan aku punya result. Alah, takut macam mana pon kita, tetap tak sabar gak nak tahu keputusan nya kan. Kau tak payah tipu cakap kau tak excited nak tau result kau lepas exm eh. HAHA. Aku gagah kan jugak check dan keputusannya
_
_
_
_
2A- 2B 1C+
Jujur aku cakap, aku agak kecewa sedikit dengan keputusan ni. Sebab yang A- tu aku target A okei. Sejarah dan bahasa melayu. Yang C+ tu aku dah agak dari awal aku mula naik form 6 lagi. HAHAHA. Sesungguhnya aku benci benda yang kena ada asas math :P
So, sekarang aku tengah google google nak pilih course apa nanti nak isi upu nanti. Layak ke tidak aku nak apply course kaunseling dengan result tak seberapa ni. Target aku nak ambik kaunseling yang bukan pendidikan. Kaunseling pendidikan tu pilihan kedua. Kalau boleh aku tak nak laa jadi kaunselor kat sekolah. Kalau rezeki aku dalam pendidikan sekalipun, mungkin aku akan sambung belajar sampai aku jadi pensyarah. Baru ada mood nak mengajar anak murid cantik cantik handsome handsome. HAHAHA.
Pening, nak pilih course. Umi aku macam suruh aku masuk uitm. Aku pon tak tahu ada apa dekat uitm tu. Kalau ambik STPM masuk uitm pilih course bisnes, baik aku masuk lepas SPM lagi. Lebih daripada layak aku mohon haritu. Ecehh, berlagak jap :P
Aku dah bincang dengan family, kalau aku tak dapat course yang aku minat nanti, aku akan sambung di unikl lah kot dengan course bisnes study . Daripada belajar benda yang tak minat dekat IPTA dengan pinjaman PTPTN yang berpuluh riban tu, baik aku mohon unikl dengan pinjaman MARA walaupun mahal. Sekurangnya, pinjaman MARA lagi okei. Aku entah kenapa dari dulu lagi anti dengan PTPTN ni. Padahal dia takde pon usik hidup aku. HAHAHA.
Aku harap sangat dapat lah aku course kaunseling tu. Tu je minat aku daripada dulu lagi sampai sekarang. Aku target dapat lah msuk UUM,UMT atau UMS. hewhew. Tak kira, boleh sabah pon aku nak pegi jugak. Barulah menanges orang balik raya aku duk sana. HAHAHA. Sekarang, aku bergantung dekat result SPM dengan MUET je yang boleh mempengaruhi kelayakan aku nanti. Moga dua result tu boleh topap kekurangan aku dalam STPM.
Ehhh, ehh, panjang benor aku bebel. Padahal tadi entah iya ke tidak result final aku. HAHA. Entah entah result olok olok je. Sebabnya, tadi dalam pukul lapan dorang post cakap kesalahan teknikal benda entah. Tapi tak tahu kenapa hati aku cakap tu dah memang result final. Dah banya kali jadi gini kat aku. Kesalahan teknikal lah sangat bang oii. Padahal betol jeee. HAHAHA.
Malas dah nak taip panjang panjang. Babai olss. Muah cikedd :*
No comments:
Post a Comment