Assalamualaikumm ~
Hari nii cuti hujung minggu. Makna nya, tak sekolah lah kann ? hehe. Tetiba je hari ni rasa nak melalut. Dah lama tak membebel dalam blog nii. Tak sempat nak berblog. Kerja sangat banyak. Hari ni nak criter pasal PBS atau sekarang dah panggil Kerja Kursus(KK).
Saper kata dak form 6 nii rilek? Meh sini aku nak cepukk. Kalau nak tau, dak form 6 nii sibok giler okeii. Tak caya? Meh sini aku nak cerita.
KK ini merupakan satu jenis assigment yang perlu dilakukan oleh calon STPM. Kalau tak buat KK, keputusan STPM anda akan gagal untuk subjek tersebut. Semua subjek ada KK okei. Tapi hanya 2 sem je ada KK. Sem 1 xdak. Masa sem 2, aku kena buat 3 KK iaitu Pengajian Am, Sejarah dan Bahasa Melayu. Sem 3 lak aku buat 3 KK iaitu BM, EKO dan GEO. Korang bayangkan, aku ada 6 bulan sahaja untuk stadi. Dengan adanya KK, hanya 2 bulan yang tinggal untuk stadi. Silibus kat skolah blom habis lagi. Berat tak dugaan dak2 STPM? Aperr ??? Tak beratt ? Okeii, takpe, meh aku crita lagi :)
Aku nak crita untuk sem 3 je. Sebab skang ni aku duk kat sem 3. Lagi 2 bolan nak final. Okeii, cuba korang bayang kan nak kena siapkan 3 KK dalam masa lebih kurang sebulan lebih. Setiap KK ni ada syarat nya masing-masing. Syarat pulak berlainan okei. Kalau sama, kan mudah =P. Semua KK sem 3 ni berkumpulan, tapi hasil kerja individu kecuali BM yang hasil kerja perlu berkmpulan. Paling banyak KK, KK eko paling aku benci. Hahaha. Kenapa? Sebab aku kena buat balik ntah brapa kali. Kau bayangkan, aku tak tido malam siapkan. Lepas tuu esok dengan wajah yang letih tapi tersenyum sebab berjaya siapkan tetiba cikgu panggil suruh buat balik SEMUA nya. Aku rasa dunia dah gelap gelita kau tau. Okeii, aku terima dengan redha. Aku buat sampai cikgu puas hati. Takpe, untuk masa depan aku gakk. Tapi, aku belom siap KK nii. Aku belom bentangkan hasil kerja aku -,-"
KK geo pulakk, mudah, tapi cikgu aku cerewwt tahap apa pon aku tak tahu. Aku typo pon kena baiki print balik. Walaupun dalam 1 helai tuu, 1 huruf je yang salah. Hahahaha. Betol2 uji iman aku. Tapi dalam strss pon enjoy gakk. Sbb aku rasa makin dekat dengan cikgu-cikgu akuu. Cikgu aku nii cina, so paham2 lah tahap kesempurnaan yang dia nak macamana. Tapi, dia baik sangat. Kata-kata dia selalu buat orang suka, tapi isi penyampaian dia, sangat dalam. Skang, aku dah settle KK geo. Dah bentang dah pon.
*TARIK NAFAS LEGA 1 KALI*
Untuk Bahasa Melayu pulakk, aku dah nak siap. INSYALLAH minggu depan aku akan bentangkan hasil kerja aku. Lepas ni dah boleh tarik nafas lega. Lepas tuu, dah boleh fokus stadi lak. Minggu depan aku trial. Jadual hidup aku pack sangat.
Cuba korang bayangkan, aku dah anta lebih 5 kali setiap KK aku, tapi still ada salah. Tak ke pening. Hahaha. Aku pon pelik dahh. Hari-hari kat sekolah slesaikan pasal KK, sampai tak dak masa nk ulangkaji. Ia teknik yang salah yer adik-adik. Jangan tiru gaya saya. Patot nya walau sibok dengan KK, ulangkaji pon perlu.
Sekarang, aku balik pukul 5 setiap hari. Tujuan, buat perbincangan dengan kawan-kawan untuk persiapan final. Banyak lagi yang tak kuasai. Aku kena hadap 10 paper ujung taon nii. Aku harap aku mampu. Paper yang banyak lagi pada paper aku masa SPM dulu. haha. Mengapa jadi lagu tuu? Sebabnya aku repeat paper. hahaha. Lucu? Tak pon okei. Ia satu bebanan. Aku nasihatkan mana-mana adik 6 rendah yang baca nii, buat leklok terus masa sem 1. Tak payah nak repeat bagai. Susah. Lebih baik korang buat habis baik. Nanti tak payah pikir dah pasal ulangan.
p/s : Target STPM aku, 2A 3B - hewhewhew. Doakan aku :)
No comments:
Post a Comment