Hari ni aku ada sedikit mood untuk menaip dan bercerita. Meh sini nak bercerita pasai MUET. Aku percaya, mesti ramai yang dah tau apa itu muet kan? Muet ialah Malaysian University English Test. Kerlass gitu nama penuh Muet. Haha. Korang tau tak apa kepentingan Muet ini untuk kehidupan kita? Tau ke idakk?
Muet ada 6 band semuanya. Band 1-band 6. Band 1 paling bawah manakala band 6 paling tinggi. Muet ni ada 4 paper. Paper listening, reading, writting dan speaking. Untuk lulus degree kena sekurangnya band 3! Saper tak lepas band 3, kena lah ulang paper muet untuk grad. Kebanyakan universiti kalau tak lepas 3 xleh grad. Kejam sangat kann? Haha. Aku dah jumpa ramai akak dan abang yang kena ulang paper muet sebab tak lepas band 3. Penting kan muet nii ? Cuba bayangkan, 4 tahun korang ambik degree tapi tak leh grad sebab tak lepas 3. Sebal tak rasa?
Aku alhamdulillah, dapat band 3 untuk paper julai 2014. Semalam baru result kuar. Jujur aku cakap, hati aku tak pernah bermimpi nak dapat band 3 lepas exam haritu. Sebab nya, aku jawab ntah ape-ape. Aku speaking pon lintang pukang jer. Main hentam je. Tapi, rezeki Allah kan, siapa kita nak mempersoalkan :) Berbaloi duit makpak aku labur untuk hantar aku kelas muet. Aku nii lembap sikit nak cakap bahasa mat salleh. Aku boleh mendengar dengan baik bahasa orang putih, tapi untuk cakap aku memang fail. HAHAHA. Sebab tulah paper listening aku tinggi dan boleh cover markah rendah untuk paper lain. Band 3 untuk sekolah luar bandar macam aku ni dah sangat tinggi okei. Kalau dak matrik kena 4, baru setanding dengan mereka yang terdiri daripada golongan yang bijaksana =P.
Aku mula bersemangat waja mengejar band 3 apabila banyak dengar kisah yang ngeri mengenai muet nii. Haha. Aku masuk kelas khas muet berbulan-bulan dengan bayaran agak mahai bagi aku. Dari situ aku dah tekad kan hati nak blaja betol2 dengan sekali lepas je. Tak payah nak ulang-ulang. Bagi yang lemah bahasa inggeris, dorang akan tahu betapa terbebannnya test ini. Lagi-lagi dengan ticer aku yang garang sangatttt. Garang tahap aku tak reti nak cerita. HAHA. Tapi sumpah dia baik giler. Kalau bukan dia yang cerita pasal pentingnya muet, kalau bukan dia yang sentiasa membebel, kalau bukan dia yang marah-marah aku, kalau bukan dia yang mendownkan semangat aku dan buat aku kembali bangkit, aku tak akan berjaya lepas ujian niii. Berkat cikgu tu penting. Walau dia segarang mana pon, ambik lah yang positif dia :)
Oleh ituuuuuu, dengan berjayanya aku melepasi test ini, aku percaya dan yakin jalan untuk aku capai cita-cita aku makin terbuka luas. Sekarang, tinggal untuk dapat pointer tinggi je dalam STPM. Aku target dapat 3.75. Huihh, besar angka tuu. Course yang aku nak mintak nanti perlu 3.5 keatas, tapi untuk tajaan JPA, aku memerlukan 3.75. Moga ALLAH permudahkan urusan akuu. Amin. Ringan lah sikit persaingan untuk aku bila band aku 3. Kalau aku dapat 2 je, mesti agak susah untuk bersaing. Nampak tak kepentingan dapat tinggi muet disitu? Terutama bagi lepasan STPM yang banyak sangat persaingan nyaa :)
No comments:
Post a Comment