Friday, February 27, 2015

Kesibukan Raya Cina

HAI HAI HAI HAI HAI


          Ni nak mai citer pasal cuti raya cina minggu lepas. Biasa laa cuti banyak betul orang kawen. Kat rumah ni kad orang kawen bertingkat tingkat umi aku susun. Yelah, tak nak nanti terlepas pergi. Sebab, majlis yang orang jemput kita kena pegi kalau takde hal. Tambah tambah kalau majlis kesyukuran.



          Ye, aku tahu tak pelik pun majlis kawen orang masa cuti cuti. Sebab tu normal. Yang tak normal, bila kawan aku yang sebaya seumur dengan aku dah kawen dah bertunang. Ehehehe. Ye weih, betul betul punya citer ni. Aku tak tipu. Sekarang kawen muda dah belambak kat dunia ni kan. Biasa aku baca pasal kisah orang je, sekali jadi betul betul depan mata aku. HAHA. Dah ramai kawan aku yang dah kawen, yang dah ada anak pon ramai gak. Biasa dah sekarang ni kan? Aku je tak laku laku. Ehh, tetiba.



          Aku diberanakkan tahun 1995. Cuba teka aku umur berapa :P. Dalam umur macam nak ke dewasa ni biasa nya kita lebih suka spend time dengan geng kita kan. Keluar melepak dari pagi sampai malam. Pegi kuliah sama sama. Belajar dekat universiti sama sama. Umur macam ni jugak lah macam macam pengalaman baru kita akan lalui. Orang cakap umur 19-25 umur paling best. HAHA. Aku tak tahu best macam mana maksudnya tu. Mungkin nanti aku akan faham.



           Kawan aku yang dah kawen tu dah abis belajar. Dia ambik apa entah lepas SPM haritu. Aku tak ingat. Aku bukan rapat sangat dengan dia. Tapi, aku pegi la majlis dia. Mihihi. Dia sanding hari jumaat masa cuti raya cina haritu. Dan hari jumaat tu aku sangat sibuk okei. Aku tidur rumah kawan aku malam tu, teman dia tidur sebab mak dia takde. So, hari jumaat tu aku follow dia lah pegi kenduri tu. Kawan dia kawan aku jugak. Ehh, boleh eh macam tu? HAHA.



            Kitorang kuar dari pukul sepuluh pagi lagi, dan sampai rumah dalam pukul lapan malam camtu ah. Gila lama kan aku pegi kenduri. HAHAHA. Hari tu saja kena pegi 4 tempat. Tapi satu tempat dah skip sebab tak sempat. Satu satu majlis tempat dia bukan main jauh lagi oihh. Lama gila duk dalam kreta nak sampai satu satu majlis.




            Pagi tu aku pegi rumah maksdra kawan aku dulu. Dia buat makan makan sebab nak pegi mekah. Awal gila sampai, makanan pon tak sampai lagi okei. HAHAHA. Niat ktorang nak pegi jumpa mata je, bukan nak pegi makan pon. Duk kejap kat sana dalam pukul 1 gerak pegi umah kawan kepada kawan aku ni. Dia nak bertunang. Gila ah doploh dah bertunang. HAHA, Jeles aku. Untung laa ada yang sayang. Aku neh masih sepi sorang diri lagi. HEHE. Majlis jangka lepas solat jumaat, dalam pukul 3 camtu, tapi ada masalah sikit, dalam pukul 4.30 aku rasa baru majlis mula. Aku pon dah tak ingat sebab aku nyaris tido dah tunggu masa tu.




           Aci aku nak lelap mata, orang bagitau pihak laki dah sampai. Make up aku dah takde dah. Dah togel dah muka aku. Sumpah aku memang letih gila. Takde buat apa pon padahal. Si pompuan ni kawen tak buat yang grand grand. Biasa je. Takde pelamin baju cantik cantik veil apa semua tu takde. Simple je dengan baju kurung pakai shawl. Aku suka, sebab tak over. Orang sekarang bertunang pon dah macam kawen. Membazir tahu membazir. Sempat gak laa aku dandan dia pakai kan shawl apa semua. Sebab dia jenis sempoi gilos orang nya. Kalau keluar tudung bawal aci sarung je. Kejap je majlis nya, sarung cincin dah selesai. Majlis kawen setahun kemudian. Nanti si pompuan abis study.




          Lepas selesai rumah tu, aku pegi rumah kawan sorang lagi. Yang sorang lagi dekat je dengan rumah kawan aku yang aku tido tu. Kawan aku yang sanding ni dia dah kawen dulu baru sanding. Baru nak sanding sebab nak tunggu dia abis study dulu kan. Masa sanding tu dia bawak baby dia sekali naik pelamin. Dia kawen dah tujuh bulan baru sanding. Cantik pelamin dia, warna putih. Masa aku sampai orang dah takde. Pukul 6 petang aku pegi rumah dia. HAHA. Lauk semua pon dah habis. Sempat gak laa aku jumpa dia dengan gaun pengantin dia tu. Laki dia dah salin baju dah pon. Dah alang orang pon takde, apa lagi posing laa kami atas pelamin tu. Nak tunggu yang sendiri memang lambat gilos lagi lah. Tapi aku tak semangat sangat nak posing posing. Muka dah letih gila. Pucat tak bermaya dah pon. Aku biar kawan aku je posing posing. Aku dah penat sangat sangat dah. Dalam kepala aku ingat katil dan tidur je.



---Sampai rumah aku terus mandi- tidur. Dah tak ingat dunia dah tidur. Letih yang amat.



                                                                        -


                                                                        -


   Baju warna coklat tu yang bertunang. Simple but nice. Tengok la muka aku yang dah togel tu :P





Ni dekat rumah kawan aku yang kawen. Muka letih gila kan? Btw, tepi aku tulah kawan yang heret aku berjalan sehari haritu :P Gambar dengan pengantin tak leh tunjuk sebab aku buruk tahap maksimum. HAHAHA



Apa apa pon, kepada yang bertunang dan berkawen, moga hubungan korang sampai jannah. Doakan aku jugak nanti. HAHAHA. *berangan*


BAI :)










KAWAN

Hai olls.



     Harini mood nak menaip macam kena rasuk dengan hantu menaip. Banyak gila nak cerita ni. Tulah, dah lama mana aku simpan nafsu nak menaip tulis blog neh. Sekarang hadap laa korang baca cerita entah pape aku nii. Hewhew. Kali ni aku nak cerita benda yang antara terpenting dalam hidup kita selepas family kita. Siapa lagi kalau bukan kawan, sahabat, geng semua lah nama yang kita panggil untuk orang yang selalu ada dengan kita dengar keluh kesah kita selain daripada family kita.




     Kalau berkisah pasal kawan ni, aku sensitif sikit. Sebab apa, aku memang dari dulu lagi kalau ada kawan aku memang sayang gila babeng okei. Kalau boyfriend dengan kawan pon aku pilih kawan. Pehal nak pilih boyfriend, bukan penting mana pon daripada kawan. HAHAHA. Betul lah kan aku cakap ni? Aku paling pantang orang yang melebih dengan awek/jantan daripada kawan dorang sendiri. Aku memang tak boleh terima. Lain lah kalau dia dah jadi laki/ isteri kau. Boleh lah kau nak melebih lebih sampai meleleh pon. 




     Kawan sesusah mana pon kau dia akan tolong. Aku bercerita pasal kawan baik ni okei, bukan pasal kawan suam suam kuku tu. Kalau kawan suam suam kuku memang lah datang dan pergi. Tapi kalau kawan sejati kau, masa kau kat bawah, kat atas dorang akan selalu ada untuk kau dan bagi support untuk kau. Aku paling benci kawan yang suka bagi kata kata negatif atau yang suka mematahkan semangat kau. Ni orang tak panggil kawan, orang panggil lawan.




       Aku ramai kawan, dan kawan aku semuanya baik baik. Tak jumpa lagi kawan yang jenis jahat. HAHAHA. Tapi yang jenis suka mematahkan semangat tu adalah. Aku jenis tak suka sangat bercakap benda ilmiah dengan orang macam ni. Bagi aku, orang bodoh kena cakap dengan cara bodoh. Maaf kasar bahasa aku, tapi tu kenyataan bagi aku. Setiap apa yang dia mendownkan aku, aku akan kutip jadi semangat pada aku. Senjata aku nak balas dendam, aku akan buktikan kejayaan aku nanti. Masanya sedikit lagi, Aku rasa, tu dendam elok, sebab nanti kau akan lebih berusaha nak capai dan buktikan kau boleh, kau hebat. HAHAHA.




      Biarlah korang pikir aku jahat ke apa, tapi apa aku tahu aku memang sayang gila kat semua kawan kawan aku. Mungkin orang ingat aku kasar, tapi jauh didalam hati aku aku sangat lembut. Mungkin orang ingat aku garang sebab kuat gila membebel, tapi jauh disudut hati aku aku selalu mengharapkan yang terbaik. Mungkin sebab perangai aku yang agak kasar dan garang orang tak suka sangat nak kawan dengan aku.




      Ramai jugak yang selalu cakap aku tak pernah serius, tapi sungguh, setiap apa yang aku cakap semuanya serius dan takde pon gurauan. Mungkin cara aku berbeza dengan orang lain. Aku dah banyak kali cakap aku serius, tapi orang masih ingat aku melawak. Watderrhel. Biarlah, asal kau semua bahagia.




       Ehhh, aku ada persoalan ni, ada tak eh orang kat dunia ni hidup takde kawan? Ada tak? Kalau ada, mesti hidup dia sunyi gila kan? Okeilah, aku ciau dulu, Nak kena kemas rumah jap. Ehehehe. 

Result STPM, 2015

Hai,Assalamualaikum :)


     
     Seriusly, lama gila aku tak update blog ni. Bukan malas, tapi masa yang takde. Sekarang baru ada banyak masa. So, nanti kalau aku update hari hari korang jangan mengada nak meluat pulak okei:P



     Tengah tengah malam buta ni terasa nak tulis blog pulak. Dah nak dekat pukul tiga pagi. Tapi, mata aku tak nak pejam lagi weihh. Aku pon tak tau kenapa. Jantung aku ni semacam je lajunya. Hati aku ni dah tak leh nak detect perasaan aku sehari dua ni. Perut pulak memulas mulas macam nak berak. HAHAHA. Agak agak penyakit apa yang aku dapat sampai macam ni sekali terok nya aku =..="



     Ni simpton normal manusia manusia yang takut nak hadap realiti. HAHA. Bukan realiti apa, maksud aku, realiti result exam. Isnin ni 2 Mac 2015 keputusan STPM kua. Seriusly aku cuak gilos. Yelah, tiga sem aku result tak pernah mantain. Susah nak agak agak final result ni dapat berapa. Aku harap semua okei. Tak langsung harap four flat okei:P. Aku tahu kemampuan aku. Dapat lepas tiga pointer pon dah bersyukur gilos babeng okei :)



      Petang tadi masa aku tengah belek belek mukabuku, ada sorang manusia mana entah post dekat group STPM student pasal result ni. Dia cakap result dah kuar. Siap bagi link lagi suruh check. Aku hape lagi, macam dah kena rasuk mengucap. HAHA. Nerbes mak kauu. Sebelom check tuu, aku call dulu kawan aku yang aku tengok dah like post tu. Laju laju aku call dia tanya dia dah check belom. Dia pon tak tahu benda tu soheh ke tak. Yelah, dalam paper yoyo ooo je warwar kan hari senin ni nak umum. Tuptup hari jumaat dah kuar. Petang pulak tuu. Mana tak gelabah semua manusia dalam group tu.



      Aku pon check jelahkan aku punya result. Alah, takut macam mana pon kita, tetap tak sabar gak nak tahu keputusan nya kan. Kau tak payah tipu cakap kau tak excited nak tau result kau lepas exm eh. HAHA. Aku gagah kan jugak check dan keputusannya



                                                                     _



                                                                     _



                                                                     _



                                                                     _





                                                            2A- 2B 1C+





      Jujur aku cakap, aku agak kecewa sedikit dengan keputusan ni. Sebab yang A- tu aku target A okei. Sejarah dan bahasa melayu. Yang C+ tu aku dah agak dari awal aku mula naik form 6 lagi. HAHAHA. Sesungguhnya aku benci benda yang kena ada asas math :P



      So, sekarang aku tengah google google nak pilih course apa nanti nak isi upu nanti. Layak ke tidak aku nak apply course kaunseling dengan result tak seberapa ni. Target aku nak ambik kaunseling yang bukan pendidikan. Kaunseling pendidikan tu pilihan kedua. Kalau boleh aku tak nak laa jadi kaunselor kat sekolah. Kalau rezeki aku dalam pendidikan sekalipun, mungkin aku akan sambung belajar sampai aku jadi pensyarah. Baru ada mood nak mengajar anak murid cantik cantik handsome handsome. HAHAHA.  



      Pening, nak pilih course. Umi aku macam suruh aku masuk uitm. Aku pon tak tahu ada apa dekat uitm tu. Kalau ambik STPM masuk uitm pilih course bisnes, baik aku masuk lepas SPM lagi. Lebih daripada layak aku mohon haritu. Ecehh, berlagak jap :P



        Aku dah bincang dengan family, kalau aku tak dapat course yang aku minat nanti, aku akan sambung di unikl lah kot dengan course bisnes study . Daripada belajar benda yang tak minat dekat IPTA dengan pinjaman PTPTN yang berpuluh riban tu, baik aku mohon unikl dengan pinjaman MARA walaupun mahal. Sekurangnya, pinjaman MARA lagi okei. Aku entah kenapa dari dulu lagi anti dengan PTPTN ni. Padahal dia takde pon usik hidup aku. HAHAHA. 



      Aku harap sangat dapat lah aku course kaunseling tu. Tu je minat aku daripada dulu lagi sampai sekarang. Aku target dapat lah msuk UUM,UMT atau UMS. hewhew. Tak kira, boleh sabah pon aku nak pegi jugak. Barulah menanges orang balik raya aku duk sana. HAHAHA. Sekarang, aku bergantung dekat result SPM dengan MUET je yang boleh mempengaruhi kelayakan aku nanti. Moga dua result tu boleh topap kekurangan aku dalam STPM. 



      Ehhh, ehh, panjang benor aku bebel. Padahal tadi entah iya ke tidak result final aku. HAHA. Entah entah result olok olok je. Sebabnya, tadi dalam pukul lapan dorang post cakap kesalahan teknikal benda entah. Tapi tak tahu kenapa hati aku cakap tu dah memang result final. Dah banya kali jadi gini kat aku. Kesalahan teknikal lah sangat bang oii. Padahal betol jeee. HAHAHA. 



Malas dah nak taip panjang panjang. Babai olss. Muah cikedd :*

Thursday, September 4, 2014

MUET :)

ASSALAMUALAIKUM :)



          Hari ni aku ada sedikit mood untuk menaip dan bercerita. Meh sini nak bercerita pasai MUET. Aku percaya, mesti ramai yang dah tau apa itu muet kan? Muet ialah Malaysian University English Test. Kerlass gitu nama penuh Muet. Haha. Korang tau tak apa kepentingan Muet ini untuk kehidupan kita? Tau ke idakk? 







          Muet ada 6 band semuanya. Band 1-band 6. Band 1 paling bawah manakala band 6 paling tinggi. Muet ni ada 4 paper. Paper listening, reading, writting dan speaking. Untuk lulus degree kena sekurangnya band 3! Saper tak lepas band 3, kena lah ulang paper muet untuk grad. Kebanyakan universiti kalau tak lepas 3 xleh grad. Kejam sangat kann? Haha. Aku dah jumpa ramai akak dan abang yang kena ulang paper muet sebab tak lepas band 3. Penting kan muet nii ? Cuba bayangkan, 4 tahun korang ambik degree tapi tak leh grad sebab tak lepas 3. Sebal tak rasa?






    Aku alhamdulillah, dapat band 3 untuk paper julai 2014. Semalam baru result kuar. Jujur aku cakap, hati aku tak pernah bermimpi nak dapat band 3 lepas exam haritu. Sebab nya, aku jawab ntah ape-ape. Aku speaking pon lintang pukang jer. Main hentam je. Tapi, rezeki Allah kan, siapa kita nak mempersoalkan :) Berbaloi duit makpak aku labur untuk hantar aku kelas muet. Aku nii lembap sikit nak cakap bahasa mat salleh. Aku boleh mendengar dengan baik bahasa orang putih, tapi untuk cakap aku memang fail. HAHAHA. Sebab tulah paper listening aku tinggi dan boleh cover markah rendah untuk paper lain. Band 3 untuk sekolah luar bandar macam aku ni dah sangat tinggi okei. Kalau dak matrik kena 4, baru setanding dengan mereka yang terdiri daripada golongan yang bijaksana =P.





       Aku mula bersemangat waja mengejar band 3 apabila banyak dengar kisah yang ngeri mengenai muet nii. Haha. Aku masuk kelas khas muet berbulan-bulan dengan bayaran agak mahai bagi aku. Dari situ aku dah tekad kan hati nak blaja betol2 dengan sekali lepas je. Tak payah nak ulang-ulang. Bagi yang lemah bahasa inggeris, dorang akan tahu betapa terbebannnya test ini. Lagi-lagi dengan ticer aku yang garang sangatttt. Garang tahap aku tak reti nak cerita. HAHA. Tapi sumpah dia baik giler. Kalau bukan dia yang cerita pasal pentingnya muet, kalau bukan dia yang sentiasa membebel, kalau bukan dia yang marah-marah aku, kalau bukan dia yang mendownkan semangat aku dan buat aku kembali bangkit, aku tak akan berjaya lepas ujian niii. Berkat cikgu tu penting. Walau dia segarang mana pon, ambik lah yang positif dia :)





     Oleh ituuuuuu, dengan berjayanya aku melepasi test ini, aku percaya dan yakin jalan untuk aku capai cita-cita aku makin terbuka luas. Sekarang, tinggal untuk dapat pointer tinggi je dalam STPM. Aku target dapat 3.75. Huihh, besar angka tuu. Course yang aku nak mintak nanti perlu 3.5 keatas, tapi untuk tajaan JPA, aku memerlukan 3.75. Moga ALLAH permudahkan urusan akuu. Amin. Ringan lah sikit persaingan untuk aku bila band aku 3. Kalau aku dapat 2 je, mesti agak susah untuk bersaing. Nampak tak kepentingan dapat tinggi muet disitu? Terutama bagi lepasan STPM yang banyak sangat persaingan nyaa :)


Sekian :)

Kerja Kursus Tingkatan Enam.


Assalamualaikumm ~


       Hari nii cuti hujung minggu. Makna nya, tak sekolah lah kann ? hehe. Tetiba je hari ni rasa nak melalut. Dah lama tak membebel dalam blog nii. Tak sempat nak berblog. Kerja sangat banyak. Hari ni nak criter pasal PBS atau sekarang dah panggil Kerja Kursus(KK). 


Saper kata dak form 6 nii rilek? Meh sini aku nak cepukk. Kalau nak tau, dak form 6 nii sibok giler okeii. Tak caya? Meh sini aku nak cerita. 



   KK ini merupakan satu jenis assigment yang perlu dilakukan oleh calon STPM. Kalau tak buat KK, keputusan STPM anda akan gagal untuk subjek tersebut. Semua subjek ada KK okei. Tapi hanya 2 sem je ada KK. Sem 1 xdak. Masa sem 2, aku kena buat 3 KK iaitu Pengajian Am, Sejarah dan Bahasa Melayu. Sem 3 lak aku buat 3 KK iaitu BM, EKO dan GEO. Korang bayangkan, aku ada 6 bulan sahaja untuk stadi. Dengan adanya KK, hanya 2 bulan yang tinggal untuk stadi. Silibus kat skolah blom habis lagi. Berat tak dugaan dak2 STPM? Aperr ??? Tak beratt ? Okeii, takpe, meh aku crita lagi :)




     Aku nak crita untuk sem 3 je. Sebab skang ni aku duk kat sem 3. Lagi 2 bolan nak final. Okeii, cuba korang bayang kan nak kena siapkan 3 KK dalam masa lebih kurang sebulan lebih. Setiap KK ni ada syarat nya masing-masing. Syarat pulak berlainan okei. Kalau sama, kan mudah =P. Semua KK sem 3 ni berkumpulan, tapi hasil kerja individu kecuali BM yang hasil kerja perlu berkmpulan. Paling banyak KK, KK eko paling aku benci. Hahaha. Kenapa? Sebab aku kena buat balik ntah brapa kali. Kau bayangkan, aku tak tido malam siapkan. Lepas tuu esok dengan wajah yang letih tapi tersenyum sebab berjaya siapkan tetiba cikgu panggil suruh buat balik SEMUA nya. Aku rasa dunia dah gelap gelita kau tau. Okeii, aku terima dengan redha. Aku buat sampai cikgu puas hati. Takpe, untuk masa depan aku gakk. Tapi, aku belom siap KK nii. Aku belom bentangkan hasil kerja aku -,-"




   KK geo pulakk, mudah, tapi cikgu aku cerewwt tahap apa pon aku tak tahu. Aku typo pon kena baiki print balik. Walaupun dalam 1 helai tuu, 1 huruf je yang salah. Hahahaha. Betol2 uji iman aku. Tapi dalam strss pon enjoy gakk. Sbb aku rasa makin dekat dengan cikgu-cikgu akuu. Cikgu aku nii cina, so paham2 lah tahap kesempurnaan yang dia nak macamana. Tapi, dia baik sangat. Kata-kata dia selalu buat orang suka, tapi isi penyampaian dia, sangat dalam. Skang, aku dah settle KK geo. Dah bentang dah pon. 
*TARIK NAFAS LEGA 1 KALI*




     Untuk Bahasa Melayu pulakk, aku dah nak siap. INSYALLAH minggu depan aku akan bentangkan hasil kerja aku. Lepas ni dah boleh tarik nafas lega. Lepas tuu, dah boleh fokus stadi lak. Minggu depan aku trial. Jadual hidup aku pack sangat. 




    Cuba korang bayangkan, aku dah anta lebih 5 kali setiap KK aku, tapi still ada salah. Tak ke pening. Hahaha. Aku pon pelik dahh. Hari-hari kat sekolah slesaikan pasal KK, sampai tak dak masa nk ulangkaji. Ia teknik yang salah yer adik-adik. Jangan tiru gaya saya. Patot nya walau sibok dengan KK, ulangkaji pon perlu. 




    Sekarang, aku balik pukul 5 setiap hari. Tujuan, buat perbincangan dengan kawan-kawan untuk persiapan final. Banyak lagi yang tak kuasai. Aku kena hadap 10 paper ujung taon nii. Aku harap aku mampu. Paper yang banyak lagi pada paper aku masa SPM dulu. haha. Mengapa jadi lagu tuu? Sebabnya aku repeat paper. hahaha. Lucu? Tak pon okei. Ia satu bebanan. Aku nasihatkan mana-mana adik 6 rendah yang baca nii, buat leklok terus masa sem 1. Tak payah nak repeat bagai. Susah. Lebih baik korang buat habis baik. Nanti tak payah pikir dah pasal ulangan. 



p/s : Target STPM aku, 2A 3B - hewhewhew. Doakan aku :)






Saturday, May 17, 2014

INTERVIEW IPG :)

ASSALAMUALAIKUM peeps =)

      Hari nii, aku berbesar hati nak kongsi pengalaman ketika aku ditemuduga untuk kemasukan ke IPG ambilan JUN 2014. Seperti yang korang tau, nak jadi cikgu lulusan IPG nii sangat lah susah. Beberapa tapisan sudah dilakukan sebelum layak ditemuduga dan seterusnya, menjadi siswazah di IPG. Seksa giler nak jadi cikgu zaman sekarang. Yelah, aku faham, mungkin ada beberapa faktor mengapa ia terjadi. Heee. Salah satu faktornya, pihak kerajaan mahu melahirkan pelajar yang mempunyai minda kelas pertama. Oleh itu, pemilihan guru juga telah diperketatkan. Bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang mahu menjadikan pendidikan bertaraf antarabangsa. Ehhh, jap, apa yang aku melalut nehh ? Hahahaha. 


     Itu bukan melalut eh, pada yang ingin temuduga jugak, korang kena tahu apa yang ada dalam PPPM. Baru lah orang tengok kamu dengan dua belah mata. Tak tengok dengan seblah mata jer. Hewhew.Okei, dah malas melalut.



    Seperti yang korang tahu, aku dah lulus UKCG, jadi lepas lulus ujian tuu, kena lah temuduga. Aku temuduga hari tuu pada 14 Mei 2014. Aku dapat opsyen Bimbingan dan Kaunseling. Memang aku tak nak menipu, jujur aku cakap bahawasanya, aku berdebar giler tunggu hari interview tuu. Macam-macam persiapan aku buat. Memandangkan aku dapat opsyen tersebut, aku stadi la sikit-sikit pasal opsyen akuu. Jangan nanti korang dapat maths, korang gi stadi subjek sejarah pulakk. Itu salah okeii. 




         * Bahan yang aku stadi *



      Jenuh jugak aku stadi. Tapi aku bukan ingat pon. Cuma untuk pengetahuan. Tak perlu nak kaji A-Z. Dia tak kan tanya sal benda yang sangat rumit. Untuk kaunseling aku tak banyak sangat stadi. Sebabnya, aku dah ada asas kaunseling memandangkan aku dah 6 tahun bergiat aktif menjadi Pembimbing Rakan Sebaya disekolah. So, banyak ilmu yang aku dapat disekolah, aku aplikasikan masa interview hari tuu. Aku just stadi untuk PPPM jerr. Senang nak kaitkan dalam hujah kiter. Baru lah nampak kita seorang yang berpengetahuan dalam segala hal =)



     Sebelum interview, aku dah kalut nak pilih baju dan tudung. Pandangan pertama orang terhadap kita sangat penting ye anak-anak. Kita harus tampak cantik, yakin dan berpelajaran. Barulah segarr biji mata penemuduga nanti. Hahahaha. Kalau pakai warna gelap, soheh mata penemuduga akan jadi gelap jugak masa tengok korang. Hahaha. Tapi, janganlah pakai yang terang-terang sangat. Pakai baju warna yang lembut jerr. Biar sedap mata memandang. Hari tuu jugak aku pakai blazer. Saja jerr, nak bagi nampak lebih kemas, dan lebih matang. Aku juga pakai nametag. Lagi, jangan lupa calit sedikit lip balm untik naikkan seri.  =)





     * Blazer, nametag- Selepas ditemuduga. Lega habes *



    Okeii, masa hari temuduga pulakk. Korang mesti pastikan korang sampai awal di tempat tersebut. Awal 30minit okeii. Aku sangat bersyukur sebab aku group 1st. Tak tunggu lama. Dalam 8.30pagi aku dah start ditemuduga. Kalau korang sampai lewat daripada orang lain, mood korang akan berubah nanti. Mood korang mula lah kucar-kacir. Ada sorang tuu kena marah sebab dia tak susun fail dia elok-elok. Hal tersebut berlaku kerana dia datang lewat. Sebelum masuk bilik temuduga, kiter akan diberi taklimat terlebih dahulu mengenai susunan fail. Saper lewat, memang terlepas lahh. Selepas taklimat, semua calon bergerak menuju bilik masing-masing. Num bilik dah ditulis di atas surat tawaran masing-masing. 




      Satu kumpulan, ada lebih kurang 8 orang. Kumpulan aku sumer girls. Naseb baik xdak laki. Kalau tak, satu hal pulak nak bersaing dengan depa. Korang akan duduk dalam satu bulatan lebih kurang. Maka, bermulalah sesi temuduga. Jeng, jengg, jenggg, jengggg..



    

      Pertama, korang akan melihat satu tayangan video macam kat pawagam tuu. hahaha. okeii, yang macam kat pawagam tuu tipu jerr =..=" . Korang akan tengok satu video nii, then korang mesti BERBINCANG mengenai video tersebut dengan rakan-rakan anda yang lain. Tolong jangan tamak haloba untuk baham semua masa untuk huraian kamu sahaja. Cuma ambil sedikit masa untuk memberi pandangan, pendapat dan sbgainya. Benarkan juga kawan-kawan kamu yang lain untuk memberi pandangan mereka. Barulah nampak satu perbincangan disitu. Masa untuk perbincangan ini lebih kurang 25 minit. Tapi aku rasa kumpulan aku lebih 5 minit. hehe. Fokus anda terhadap kawan anda mestilah sepenuhnya okeii. Itu menggambarkan anda seorang pendengar yang hebat =P . Dalam memberi hujah, aku cadangkan jangan mengkritik sesiapa. Cuba beri pandangan yang positif ataupun langkah untuk mengatasi. Cuba elakkan untuk menyalahi mana-mana pihak. *harap korang paham. 


        

         Selepas tamat perbincangan kumpulan, dua panel akan menanyakan soalan mereka kepada kita. Disini, kita mesti berebut untuk memberi pandangan. Cuba untuk menjadi orang yang pertama dalam memberi pandangan. Pandangan mestilah tepat, jelas dan bijak. Hewhew. Masa nii agak sukar bagi sesiapa yang kurang bercakap dan kurang idea. Kerana, masa ini lah persaingan yang paling dirasai. Ketika inilah masa untuk anda meluah segala buah fikiran, fakta-auta, ilmu-pengetahuan anda. Pada ketika inilah orang akan melihat kepetahan anda. Masa untuk bahagian ini juga 25 minit. 

      


      Seterusnya, bahagian terakhir, soalan kepada individu. Kejap jer nehh. Setiap orang akan jawab 1 atau 2 soalan sahaja. Soalan senang-senang jerr. Tapi, ada jugak yang susah. Haha. Itu pentingnya pengkajian opsyen anda sebelum ditemuduga. Selepas lapan-lapan selesai ditanya, kami dibenarkan bersurai. Ada lah beberapa pesanan daripada panel aku hari tuu untuk calon guru. 






- Sempat ambik gambar. Ayah aku memang tahu keinginan anaknya. haha -


      


         Kesimpulan, temuduga hari itu sangat lah menyeronokkan. Takde langsung rasa tertekan. Hepi giler jer rasa. Sangat enjoy. Calon-calon pon sumer sporting habiss. Doakan moga-moga aku berjaya dalam temuduga tersebut. Keputusan kalau tak silap akuu, dalam 10 JUN 2014. Serius, aku gentar sangat nak tunggu keputusan nehh =) . Doakan aku okeiihh. 



Bai, Assalamualaikumm =)




     




Ujian Kelayakan Calon Guru 2014


Assalamualaikum peeps ! 

   Hari ni hari cuti. Cuti wesak. Kalau lah hari-hari hari cutii, indahnya dunia. Heeee. Dah lama giler aku xupdate blog neh. So hari nii aku ingat nak share pasal IPG. Apa itu IPG ? Alaaa, yang dulu lebih dikenali sebagai maktab. Tapi skarang dah xpanggil maktab. Dah panggil IPG. Kenapa? Sebab, dah tak ada program diploma yang ditawarkan di IPG. S, saper lepasan IPG tuu, dorang adalah graduan yang mempunyai ijazah =) 


     Hari tuu, aku terklik satu iklan pengambilan pelajar ke IPG. Aku baca syarat2 permohonan, aku layak. So, tanpa lengah masa, aku pon isi laa permohonan. Hari tuu dah isi, tapi xdapat. Sebabnya, pelajar yang betul-betul cemerlang jer boleh masuk IPG neh. Hari tuu, budak-budak yang dapat 8A jer dapat. Sekarang, dorang bukak untuk pelajar yang dapat 5A keatas. Yeayy ! Boleh lah aku isi. Masa aku terklik tuu , hanya tinggal beberapa hari jer lagi tarikh tutup. Skarang sumer online kann, so kalau kita jenis x alert, memang ketinggalan lah .


     Lebih kurang beberapa minggu lepas mohon, result pon kuar laaa. And, jengg,jengg,jengggg, AIDA MARINI BT ABD GAFFAR, nama anda tercalon. Anda berjaya. Yeayyy ! Alhamdulillah. TAPI, itu baru berjaya untuk UKCG. Apa itu UKCG ? UKCG tuu Ujian Kelayakan Calon Guru. Nak jadi cikgu pon ada ujian kelayakan okeii. Kalau lulus ujian nii, kita akan dipanggil untuk temuduga. Lepas temuduga baru kita tau kita berjaya ke tidak nk masuk IPG . Korang jangan ingat mudah-mudah je nak jd cikgu nii. Selaras dengan kehendak negara yang memerlukan tenaga guru yang cemerlang bagi melahirkan generasi minda kelas pertama =) 


      UKCG ada 2 ujian. 1 ujian bertulis, 1 lagi ujian kecergasan. Yang bertulis aku tak kesah. Yang kecergasan aku kesah sebab fizikal aku yang tidak kurus ini. Hahahaha . Tapi takpe. Cuba dulu. Rezeki Allah tentukan. So, aku pon pegi la UKCG tuu. Aku pegi dengan ummi aku. Ujian tuu aku kena dekat KL. Jauh giler dengan kelantan neh. Tapi takpe, sedara aku kebanyakan duk KL. 


     Malas aku nak cerita panjang, meh aku pendekkan. Mula-mula ujian bertulis. Lepas rehat, ujian kecergasan. Ujian bertulis tak de hal sebab dia suh tanda setuju dengan tak setuju jer. Soalan dia banyak giler. Masa ujian lak sikit giler. Tak padan dengan jumlah soalan. Kalau korang jenis baca slow, memang tak dan la weh. So, masa tuu, memerlukan kemahiran baca solan laju-laju. Soalan dalam 170 lebih. Ujian kecergasan neh yang buat aku cuak sampai nak terkencing,terberak neh. Aku tak leh nak bayangkan nasib aku masa tuu. 

  
      Ujian kecergasan ada 4. Yang pertama, kena sit up. Sit up pulak ada 4 level. Amat sukar bagi aku. Aku hanya lepas sampai level 2 jerr. Dia tak paksa kiter. Akak-akak yang handle kiter pon baik-baik jer. Lepas sit-up, kena ujian kilas lak. Ujian neh yang kedua senang bagi aku. Tapi, lepas buat ujian neh, memang rasa nak pengsan. Rasa macam duk kat dunia lain. Letih giler. Aku rasa ujian neh punca kepada sakit urat aku yang berhari2 . Hahaha . Next, ujian yang paling mudah, iaitu lompat. Hehe. Yang paling mencabar ialah ujian bleeps. Ujian neh sumpah susah giler. Kita kena lari sejauh 20m. Dengar 20m tuu okei lagi. TAPI , ada 6 level. setiap level pulak, ada 6 kali lari. Err , paham ke idak ? So, secara senang, aku kena lari sebanyak 36kali. Sejauh 120m. Mau nye mati masa tuu jugak. Tapi aku dan siap level 2 jer. Nak masuk level 3 aku give up. Memang jarang orang yang lepas sampai level 6. Kalau lepas, dia memang super hebat. Haha . Takpon , dia dah minum red bull. Haha .


     Then, aku pon pulang lah dengan kekecewaan yang amat. Camano tak kecewa, xdak ujian yang aku lulus sempurna. Mugkin nasib aku bukan di IPG. Aku langsung tak berharap untuk IPG. LANGSUNG TAK okeii. 



                         Sorii , gambar kabur . Pakaian wajib putih.
   

     05 MEI 2014, tarikh calon yang berjaya untuk ditemuduga keluar. Hari tuu sehari duk dup dap kat sekolah, dup dap walaupon harapan dah 0. Try lah check. Jengg, jenggg, jengggg 


     TAHNIAH, anda berjaya untuk ditemuduga. Alhamdulillah. Sumpah, aku tak sangka langsung lulus ujian hari tuu. Aku mati-mati ingat dah fail. Ujian entah apa-apa aku buat. Rezeki, siapa tahu kan? Terima kasih Ya Allah =) 


     Aku kena temuduga di IPG kampus Sultan Mizan Besut. Tak de lah jauh sangat dengan rumah aku. Dalam sejam lebih jer. Tapi, main dengan pagi, paham-paham jelah. Aku dapat opsyen bimbingan dan kaunseling(sk) . Memang bidang yang aku minat sangat-sangat. Kalau boleh opsyen lain, aku dah xpegi okei. Aku dapat rasakan cita-cita aku akan menjadi realiti. Heee


     Semestinya, orang yang paling hepi menerima berita nii ialah ayah dengan ummi aku. Dorang memang suruh aku jadi cikgu. Dorang bersungguh-sungguh suh aku jadi cikgu. Siap belikan baju baru, kasut baru untuk aku temuduga. Haiyoo. 




                          *Hari temuduga. Masa nii dah nak balik*
  

   Alhamdulillah, 14 Mei aku dah ditemuduga dah pon. Semua berjalan lancar. Doakan kejayaan aku pulakk. Masih lagi stress. Final exm untuk sem 2 STPM tinggal 3 hari jer lagi. Doakan akuu peeps =) 





                       *Beberapa minit selepas ditemuduga*



Bai, assalamualaikum =D




p/s , entri untuk hari temuduga juga akan datangg. sila tunggu. hehe